UM.TNCP4/JHB/BA/RFP/5 TAWARAN BAGI MEMBINA DAN MENGOPERASIKAN MEDAN SELERA UNTUK KOLEJ KEDIAMAN KINABALU (KK8) & KOLEJ KEDIAMAN TUN AHMAD ZAIDI (KK10), UNIVERSITI MALAYA
Tawaran adalah dipelawa kepada mana-mana PENCADANG YANG BERDAFTAR DENGANSURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) ATAU AKTA KOPERASI DAN BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF) DALAM KOD BIDANG 040103 – MAKANAN BERMASAK (ISLAM) SAMA ADA BERTARAF BUMIPUTERA ATAU BUKAN BUMIPUTERA bagi memasuki pelawaan RFP bagi projek membina dan mengoperasikan medan selera untuk Kolej Kediaman Kinabalu (KK8) & Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi (KK10), Universiti Malaya.
Syarikat Pencadang mestilah berdaftar dengan pihak Universiti Malaya secara online di Sistem F1RST UM di laman sesawang https://first.um.edu.my.
Sesi lawatan tapak/taklimat RFP (WAJIB HADIR) akan diadakan pada 24 Julai 2025 (Khamis), jam (12.00 tengahari) di Bilik Mesyuarat Kolej Kediaman Kinabalu. Syarikat Pencadang dikehendaki mengemukakan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) dan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang masih sah (valid) semasa lawatan tapak. Hanya Penama di dalam Sijil yang dibenarkan untuk menyertai lawatan tapak. Berikut adalah maklumat tarikh dan masa yang berkaitan dengan tawaran perkhidmatan tersebut:
Lokasi | Perkara | Tarikh / Masa |
---|---|---|
Bilik Mesyuarat KK8 | Tarikh Iklan | 17 Julai 2025 |
Tarikh Buka Tawaran | 24 Julai 2025 | |
Tarikh Lawat Tapak | 24 Julai 2025 | 12.00 tengahari | |
Tarikh Tutup Tawaran | 17 Ogos 2025 |
Dokumen RFP hanya akan dikongsikan kepada Penama Syarikat Pencadang yang menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak melalui alamat e-mel Pejabat Hal Ehwal Pelajar iaitu hep@um.edu.my.
PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI:
Encik Mohd Shahrin bin Mohd Baroyi
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Emel: hep@um.edu.my
Tarikh tutup ialah pada 17 Ogos 2025 tepat jam 12.00 tengah hari. Dokumen Cadangan yang lewat dikemukakan tidak akan dipertimbangkan.
Download here >> RFP5_KK8&KK10.pdf