Berikut adalah Takwim Mesyuarat JKPKU Tahun 2026 untuk perhatian dan tindakan tuan/puan.
Untuk makluman, Jawatankuasa Perolehan Kenderaan Universiti bertanggungjawab meneliti dan membuat penilaian bagi semua permohonan perolehan kenderaan baru tanpa had nilai bagi memastikan perolehan kenderaan dibuat secara berhemah dan berdasarkan keperluan PTj/Jabatan sahaja.
Permohonan perolehan kenderaan ini hendaklah menggunakan Borang Justifikasi Pembelian Kenderaan PK1 dan telah diluluskan di dalam sistem F1RST dan juga digalakkan untuk menghantar permohonan lebih awal sebelum tarikh akhir serahan untuk semakan Urusetia JKPKU (Seksyen Aset dan Insurans, Bahagian Fasiliti).
Tuan/Puan boleh menggunakan dan mencetak borang permohonan yang boleh dimuat turun dari UMPortal >> PTj Info >> JHB >> 03- Bahagian Aset >> kenderaan >>borang justifikasi pembelian kenderaan PK1
Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Puan Norzilah Mohamad /Puan N.Senthamarai Nadaraj di talian 03-7967 6283/6830 atau emel ke alamat bph_jpphb@um.edu.my.