• Welcome to Estates Department
  • pengarah_p@um.edu.my
  • +603-7967 3999
logo
logo

Assalamualaikum W.B.T. & Selamat Sejahtera.

Dengan ini dimaklumkan, Jabatan Harta Benda (JHB) akan menjalankan Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Sekitar Kampus Universiti Malaya seperti ketetapan berikut:

Tarikh & Tempoh Masa Kerja Lokasi Kerja

2 Januari 2025 hingga 2 Jun 2025

Lima (5) Bulan

Jalan Utama sekitar Universiti Malaya

dan kawasan parkir di Fakulti/PTj terlibat

Kerja-kerja akan dijalankan semasa dan selepas waktu pejabat. Lanjutan itu, sepanjang tempoh kerja-kerja dijalankan, semua warga kampus diminta mengambil langkah berjaga-jaga dan memperlahankan kenderaan apabila melalui jalan tersebut atas faktor keselamatan. Sebagai makluman, dari semasa ke semasa JHB akan mengemaskini pemberitahuan sekiranya ada sebarang penutupan Jalan Utama ataupun kawasan parkir kenderaan di Fakulti/PTj yang terlibat.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung dengan staf Bahagian Infrastruktur, JHB sepertimana berikut:

  • Encik Mohammad Zainuddin Borhan, 03-7967 3543

  • Encik Mohd Ramzi Mohd Ruslan, 03-7967 3421

  • Encik Afifi Mohd Sanusi, 03-7967 3572

  • Encik Radzuan Hanif Aziz, 03-7967 7000

Segala kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali dan kerjasama serta perhatian tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Highlights