Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,
Untuk makluman YBhg. Dato’ Seri/Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, sejajar dengan saranan Kerajaan Malaysia berkenaan Strategi Pelaksanaan Menghindari Plastik Sekali Guna merujuk kepada
Surat Pekeliling Am Bilangan 6 Tahun 2024, Universiti Malaya menyokong penuh hasrat yang telah dinyatakan ini. Usaha ini juga selari dengan Pelan Strategik Sifar Bersih Universiti Malaya: Neutral Karbon menjelang 2030 dan Amanat Perutusan Tahun Baharu 2025 Naib Canselor Universiti Malaya yang menyeru seluruh warga Universiti Malaya untuk bersama-sama mendukung aspirasi ini secara kolektif.

Oleh itu, Pusat Pembangunan Lestari bekerjasama dengan Jabatan Harta Benda dalam memperluaskan pelaksanaan Sifar Plastik Sekali Guna (Zero Single-Use Plastics) Di Semua Premis Makanan, Universiti Malaya.
Penyewa tidak dibenarkan untuk menggunakan atau menyediakan barang seperti berikut berkuatkuasa:
1 November 2024
- Penyedut minuman (straw) plastik; dan
- Kutleri plastik (sudu, garpu, pisau, dll.).
1 April 2025
- Beg plastik bertangkai konvensional mahupun jenis biodegradasi; dan
- Bekas makanan plastik kecuali plastik bagi bungkusan makanan berkuah.
Sebarang
aduan, pertanyaan, cadangan, atau maklum balas boleh disalurkan kepada En. Affan Nasaruddin (
affannasaruddin@um.edu.my) dari Pusat Pembangunan Lestari dan
Sr Muhammad Hariz Jamaludin (
m.harizjamaludin@um.edu.my) dari Jabatan Harta Benda.
Semua pandangan yang dikemukakan amat dialu-alukan bagi menjayakan usaha pelaksanaan ini.
Segala kerjasama dan sokongan YBhg. Dato’ Seri/Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berkenaan perkara ini amatlah dihargai dan didahului ucapan terima kasih.