Satu lawatan kerja ke Kilang Nihon Spindle Cooling Tower telah diadakan pada 11 Disember 2025 bagi mendapatkan penjelasan teknikal lebih terperinci berkaitan rekaan, spesifikasi, proses pembuatan dan pematuhan standard bagi sistem cooling tower yang bakal digunakan di Universiti Malaya (UM). Lawatan ini juga bertujuan memastikan kesesuaian teknologi yang ditawarkan untuk projek penggantian cooling tower, pam dan kerja-kerja berkaitan di Perpustakaan Fakulti Undang-Undang serta Institut Pengajian Termaju (IAS), UM.
Delegasi UM terdiri daripada:
Tujuan & Fokus Lawatan
Sorotan Lawatan
Delegasi UM dibawa melawat ke beberapa zon utama kilang termasuk bahagian fabrikasi, pemasangan komponen, quality assurance, serta sesi taklimat teknikal oleh jurutera kilang. Penerangan turut merangkumi kelebihan reka bentuk modular, kawalan bunyi, penggunaan bahan tahan kakisan, dan jangka hayat peralatan dalam operasi cuaca tropika.
Selain itu, perbincangan turut diadakan berkaitan penyelarasan spesifikasi projek UM, keperluan tapak, jadual penghantaran, dan sokongan selepas pemasangan.
Rumusan
Secara keseluruhan, lawatan ini berjaya memberikan kefahaman menyeluruh mengenai keupayaan Nihon Spindle Cooling Tower serta memastikan sistem yang akan dibekalkan adalah bersesuaian dengan keperluan projek di UM. Maklumat yang diperoleh akan digunakan dalam proses penilaian teknikal dan penyelarasan seterusnya bersama pihak vendor.
Pautan gambar: https://photos.app.goo.gl/Mqt9Vh3hFMvgwF7Z6
Tarikh kemaskini: 10.12.2025