Pada 20 November 2025 yang lalu, Bahagian Projek, Jabatan Harta Benda (JHB), Universiti Malaya telah menganjurkan satu sesi lawatan penanda aras ke Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Lawatan ini telah disertai seramai 26 orang staf Bahagian Projek.
Objektif Lawatan:
Melalui lawatan ini, staf Bahagian Projek telah diberi penerangan mengenai struktur organisasi, fungsi serta peranan JPPF, USIM dalam mengurus pembangunan dan penyelenggaraan fasiliti kampus. Pihak JPPF, USIM telah berkongsi pendekatan pengurusan projek yang diamalkan, termasuk kaedah perancangan projek, mekanisme penyelarasan antara pihak berkepentingan serta sistem pemantauan dan kawalan pelaksanaan projek bagi memastikan pelaksanaan projek dilaksanakan secara teratur, mematuhi skop yang ditetapkan serta mengawal kos dan tempoh pelaksanaan. Selain itu, pihak JPPF, USIM turut berkongsi cabaran-cabaran yang dihadapi dalam pengurusan projek dan fasiliti, merangkumi aspek penyelarasan teknikal serta pengurusan sumber manusia dan kewangan.
Bahagian Projek dan JPPF, USIM turut berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan amalan pengurusan projek di peringkat institusi masing-masing. Walaupun terdapat perbezaan dari segi struktur organisasi dan corak kerja, khususnya berkaitan saluran pelaporan kepada pihak pengurusan tertinggi universiti, perkongsian ini telah memberikan pendedahan kepada staf Bahagian Projek mengenai kepelbagaian pendekatan tadbir urus yang diamalkan. Perbezaan tersebut telah membuka ruang kepada perbincangan mengenai kelebihan dan kekangan pendekatan pengurusan projek yang diamalkan di institusi masing-masing.
Secara keseluruhannya, lawatan rasmi ke JPPF USIM ini telah memberikan input yang bermanfaat dalam usaha meningkatkan keupayaan dan kompetensi staf Bahagian Projek. Perkongsian pengalaman ini telah membantu untuk membuat perbandingan dan penilaian terhadap amalan sedia ada, sekali gus memperkukuh kefahaman dalam melaksanakan tanggungjawab pengurusan projek dan fasiliti di Universiti Malaya.
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |