UMINFO - Gangguan Bekalan Air Berjadual di Kampus Universiti Malaya
Tarikh 16 Mei 2024
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Profesor/Dr/Tuan/Puan,
Hebahan media dari Air Selangor Sdn. Bhd. bertarikh 13 Mei 2024 yang dilampirkan adalah dengan segala hormatnya dirujuk.
Untuk makluman, Air Selangor Sdn. Bhd. akan melaksanakan penutupan berjadual bekalan air di sekitar Lembah Klang dan Petaling berikutan Kerja-kerja Penyelenggaraan dan penggantian Aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) dan menyebabkan loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 dihentitugas bermula 05 Jun 2024 (Rabu) mulai jam 9.00 pagi dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada 07 Jun 2024 (Jumaat) jam 12.00 tengah hari.
Menerusi hebahan dan makluman dari Air Selangor Sdn. Bhd., Kampus utama UM turut mengalami gangguan bekalan.
Gangguan bekalan juga turut melibatkan Kuarters Seksyen 16, Tadika UM, Taska UM, Transit UM, Apartment Jepun dan Kolej Kediaman Ke 9.
Sehubungan dengan itu, Warga Kampus disaran agar menggunakan air dengan berhemah bagi mengelakkan pembaziran dan bekalan air terputus. JHB akan memantau kemasukan bekalan (incoming supply) dari Air Selangor Sdn. Bhd. dan aras tangki-tangki utama kampus dari masa ke semasa. Pihak JHB akan menggerakkan lori tanker serta tangki air ke kawasan kritikal yang terjejas.
Segala kesulitan dalam perkara ini amat dikesali. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Jurutera JHB En. Mohd Ramzi Mohd Ruslan di talian 03-7967 3421 (019-6614355), Penolong Jurutera JHB En. Wan Muhammad Syaiful Bahar di talian 03-7967 7000 (012-9689488).
Sekian, harap maklum dan terima kasih.
Sekian, harap maklum dan terima kasih.
|
Jabatan Harta Benda (JHB)
|